top of page
  • newsatmy

JDT mudah atasi Kelantan, mara ke suku akhir

10 NOVEMBER 2021

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) tenang mara ke suku akhir Piala Malaysia dengan penuh bergaya dengan mengekalkan rekod kemenangan bersih selepas mengatasi Kelantan 4-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, sebentar tadi.


Walaupun hadir ke dalam perlawanan ini tanpa tonggak utama, skuad Harimau Selatan, yang juga juara bertahan Piala Malaysia, terpaksa menunggu hingga minit ke-48 untuk membuka tirai jaringan menerusi rembatan dari luar kotak penalti, Syafiq Ahmad.


Leandro Velazquez meledak gol kedua skuad kendalian Benjamin Mora apabila menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-60 sebelum Guilherme De Paula menambah gol ketiga hanya seminit kemudian.


Bekas kapten Perak, Shahrul Saad, melengkapkan kemenangan JDT apabila menanduk masuk bola sepakan penjuru Safawi Rasid pada masa kecederaan.


Dengan mengatasi Kelantan, JDT memperoleh 18 mata dalam saingan Kumpulan D dan bakal berdepan menentang naib juara Kumpulan C, Kedah Darul Aman di peringkat suku akhir.


Keputusan lain:

MELAKA UNITED 2 KEDAH 0

NEGERI SEMBILAN 0 KELANTAN UNITED 3

SABAH 1 PJ CITY 0

Comments


bottom of page