top of page
  • newsatmy

Jelajah Pak Wan prihatin peringkat Dun Rembia.

14 Mac 2021

ALOR GAJAH, 14 Mac 2021 – YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (TugasTugas Khas) merangkap Ahli Parlimen Alor Gajah melancarkan Program Jelajah Pakwan Prihatin Peringkat DUN Rembia selepas memberi sumbangan petrol motorsikal di Stesen Petronas Alor Gajah.


Program Jelajah Pak Wan Prihatin Peringkat DUN Rembia adalah bertujuan untuk mengadakan ruang atau platform untuk penduduk setempat berdialog bersama-sama pemimpin dan ketua-ketua jabatan. Antara yang turut hadir untuk majlis kita pada hari ini adalah pegawai daerah, jurutera daerah, Majlis Perbandaran Alor Gajah, Pegawai Kebajikan Masyarakat, Pegawai tekun serta Pegawai Agrobank.


Program Jelajah Pak Wan Prihatin ini akan diteruskan di seluruh DUN Parlimen Alor Gajah dan turut menjadi kebiasaan kepada Pak Wan untuk turun ke kawasan pada setiap minggu. Program-program ini adalah peluang kepada YB Datuk Seri Mohd Redzuan yang turut mesra dikenali sebagai Pak Wan untuk bertanya khabar dan membantu penduduk-penduduk yang memerlukan bantuan.

Agensi-agensi Kerajaan yang turut serta pada hari ini akan bergerak seiring bersama-sama Pak Wan demi memberi saluran bantuan yang tepat. Ahli Parlimen Alor Gajah itu turut melancarkan Skuad Prihatin Bersatu Alor Gajah dan Skuad Penggali Kubur Alor Gajah. Jelas beliau, peranan masyarakat seperti ini amat penting dalam membantu penduduk untuk melangsungkan kehidupan seharian dan amat berterima kasih atas sumbangan tenaga dan masa yang diberikan oleh semua.



Selepas beliau merasmikan program ini, beliau menyantuni peniaga-peniaga dan penduduk di Pasar Minggu dan menyampaikan 200 helai apron, pensanitasi tangan dan pelitup muka. Seterusnya beliau membuat lawatan usahawan pertanian dan ziarah kasih penduduk di Kampung Paku untuk menyampaikan sumbangan wang tunai dan kit makanan.

bottom of page