top of page
  • zaman

Jenazah Abdul Khalid Ibrahim dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam


SHAH ALAM 1 Ogos: Jenazah bekas Menteri Besar Selangor Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam.


Orang ramai diberi peluang untuk menziarah dan beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham bermula jam 11 pagi hingga 1 tengah hari.

Sebelum itu jenazah Allahyarham selesai disolatkan di Masjid Umar Al Khattab pada jam 10 pagi.Jenazah Allahyarham Abdul Khalid dijadual dikebumikan di Makam Di Raja Shah Alam pada jam 2 petang ini selepas disolatkan sekali lagi pada jam 1.40 tengah hari.


Abdul Khalid meninggal dunia di Hospital Cardiac Vascular Sentral pada Ahad malam.

Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 23 April lalu akibat jangkitan pada injap jantung.

Allahyarham yang berusia 76 tahun meninggalkan isteri, Puan Sri Salbiah Tunut, empat anak, dan dua cucu.

bottom of page