top of page
  • newsatmy

Jennifer Lopez dan Ben Affleck umum bertunang sekali lagi!

10 April 2022

SELEPAS lebih dua dekad sejak bertemu buat pertama kali, Jennifer Lopez dan Ben Affleck sekali lagi mengikat tali pertunangan.


Lopez atau lebih dikenali JLo mengumumkan berita gembira itu kepada peminatnya menerusi platform surat berita On the Jlo.


Perkongsian itu dibuat beberapa hari selepas JLo dilaporkan memakai cincin pertunangan awal minggu ini.

Mesej tersebut mengandungi klip video yang memaparkan penyanyi itu memakai sebentuk cincin berlian hijau, yang turut dikongsikan oleh adik perempuannya, Lynda Lopez di Instagram.

Pasangan yang dikenali sebagai ‘Bennifer’ menghidupkan semula api cinta apabila kembali menjalinkan hubungan bermula tahun lalu.



Affleck, 49 dan Lopez, 52, bertemu buat pertama kali ketika penggambaran filem Gigli pada 2001.


Susulan itu, Bennifer menjadi antara pasangan tumpuan Hollywood dan mengumumkan pertunangan pertama mereka pada November 2002.


Namun, mereka menangguhkan majlis perkahwinan mereka hanya beberapa hari sebelum dijadualkan berlangsung pada September 2003, dan akhirnya mengesahkan ikatan pertunangan mereka ternoktah pada Januari 2004.


JLo mempunyai dua anak kembar berusia 14 tahun, Emme dan Max bersama bekas suami Marc Anthony manakala Affleck pula memiliki tiga cahaya mata bersama bekas isteri, Jennifer Garner, iaitu Violet, 16, Seraphina 13, dan Samuel, 10.

bottom of page