top of page
  • newsatmy

Jentera pilihan raya Parlimen Balik Pulau dilancar


BALIK PULAU, 16 Ogos – BERSATU Balik Pulau melancarkan jentera pilihan raya Parlimen Balik Pulau (P053) sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.


Ketua Penerangan BERSATU Balik Pulau, Kamarozaman Ahmad berkata pelancaran jentera itu dizahirkan Ketua Bahagian BERSATU Balik Pulau, Zolkifly Md Lazim, pada Ahad.


Katanya, Penerangan Balik Pulau juga turut menganjurkan Bengkel Pemukiman Pusat Daerah Mengundi (PDM) BERSATU Bahagian Balik Pulau yang turut disertai 75 peserta.

“Jentera pilihan raya BERSATU Bahagian Balik Pulau telah bersedia digerakkan pada bila-bila masa sahaja apabila parlimen dibubarkan.

“Keyakinan itu dizahirkan oleh Ketua Bahagian YB Hj Zolkifly Md Lazim yang telah melancarkan jentera pilihanraya Parlimen Balik Pulau (P053) semasa Bengkel Pemukiman PDM BERSATU Bahagian Balik anjuran Penerangan bahagian hari ini.


“Seramai 75 orang terdiri daripada 22 PDM dan 3 cawangan telah didedahkan dengan pengurusan dan merangka program serta aktiviti semasa tempoh berkempen PRU.

“Peserta juga menerima latihan strategi, ilmu dan tugasan jentera pilihanraya di PDM. Semua wakil PDM telah berjaya membentangkan hasil perbengkelan yang dikelola oleh fasilitator,” tambah beliau.


Beliau yang dikenali sebagai Cikgu KZ berkata siri-siri latihan akan terus diadakan selepas ini bagi melengkapkan persiapan rapi kepada setiap PDM.


Tambahnya, BERSATU Bahagian tidak menoleh kebelakang dan tidak menunggu arahan pucuk pimpinan untuk melaksanakan program memperkasa parti.

bottom of page