top of page
  • Farah

Jika Disember banjir, buat pilihan raya November: Mat Maslan


Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan Pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) dijangka akan tetap diadakan juga pada tahun ini


Beliau berkata jangkaan tersebut dibuat selepas ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang secara jelas memberi isyarat akan membuat keputusan tidak lama lagi untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan PRU-15 diadakan.


Pada PRU 15 yang akan datang,UMNO akan diadakan sekitar Oktober sehingga Disember ini dengan berkata sekiranya Disember banjir maka PRU-15 perlu diadakan pada November dan perlu dibubarkan Parlimen pada Oktober.


“UMNO yakin PRU15 akan diadakan pada Oktober hingga Disember ini. Tetapi kena elak sebelum banjir.


“Jika banjir Disember, jangan buat (PRU15) Disember. November pun boleh pilihan raya. Kalau pilihan raya pada November, maknanya kena bubar (Parlimen) Oktober,” katanya dipetik laporan media.


Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa meneruskan tekanan kepada Ismail Sabri supaya mengadakan PRU-15 segera berkata walaupun banjir jentera UMNO sedia berkempen.


Untuk rekod, musim tengkujuh kebiasaannya melanda negara pada hujung tahun dan menyebabkan bencana banjir melanda di beberapa buah negeri.


Ismail Sabri pada program sama juga berkata tarikh PRU-15 akan diputuskan tidak lama lagi dengan berkata ‘sikit saja lagi’, sekaligus memberi isyarat PRU-15 semakin hampir.


Dalam pada itu, Ahmad turut mengesahkan pertemuan ‘Top Five’ UMNO pada 30 September ini tetap diadakan seperti yang dijadualkan.

“Saya yakin ucapan Perdana Menteri semalam itu bertitik tolak dari pertemuan dan rundingan ‘top five’ secara tidak rasmi.

“Sebenarnya setiap kali sebelum Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, akan diadakan dahulu mesyuarat ‘top five’ diikuti mesyuarat Biro Politik UMNO pada sebelah petang.

“‘Top Five’ ini sering bertemu secara tidak rasmi serta tidak diumumkan secara terbuka di media. Itu tidak termasuk pertemuan tidak rasmi ‘Top Five’ di luar,” jelas beliau.

‘Top five’ UMNO merujuk kepada lima kepimpinan tertinggi parti terdiri daripada Presiden, Zahid; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ismail Sabri.

Comments


bottom of page