top of page
  • newsatmy

Jin cemburu, jatuh cinta? 'Jangan Ganggu Jodohku' siri baharu Astro Ria

30 NOVEMBER 2021

KUALA LUMPUR : Drama bersiri 'Jangan Ganggu Jodohku' bakal menemui peminat menerusi slot MegaDrama di Astro Ria malam ini.


Ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam, drama bersiri 24 episod ini akan menampilkan barisan pelakon berbakat tanah air.


Antaranya Shaza Bae selaku watak utama iaitu sebagai Aliza, Yusuf Bahrin sebagai Dr Imran dan Amerul Affendi serta Aloy sebagai Abu.


Secara ringkasnya, drama bergenre komedi ini mengisahkan seorang gadis bernama Aliza yang mempunyai kebolehan untuk melihat roh.


Malangnya, roh-roh itu mengganggunya. Bagaimanapun, Aliza dibantu seekor jin yang telah menjadi rakannya sejak kecil, bernama Abu.


Jin ini melindungi Aliza dan tidak disangka sebenarnya sudah jatuh hati pada gadis manis ini.


"Drama ini mengisahkan Saka yang ditolak oleh pewarisnya.


"Ini seterusnya menjadi penyebab kepada pelbagai kejadian paranormal sehingga mengganggu kehidupan Aliza," menurut kenyataan produksi

.

Drama mencuit hati yang diarahkan Jamal Khan ini boleh disaksikan di saluran Astro Ria dan Astro Go.

Comments


bottom of page