top of page
  • newsatmy

Johor benarkan solat di surau dan masjid

8 Februari 2021

JAWATANKUASA Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, maklumkan umat Islam di sana dibenarkan menunaikan solat berjemaah di semua surau dan masjid di negeri itu.


Kebenaran bermula pada waktu Subuh esok (9 Februari) itu termasuklah menunaikan solat Jumaat di semua masjid dan surau ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Namun, kebenaran itu tertakluk kepada prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).


Dengan kebenaran tersebut, Johor menjadi antara negeri selain Perak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Perlis yang membenarkan solat berjemaah di surau dan masjid.


“Bilangan jemaah solat Jumaat di masjid dan surau Jumaat serta surau yang diberikan kebenaran Jumaat dan bilangan solat berjemaah fardhu lima waktu adalah seramai 40 orang jemaah ahli kariah yang digilirkan tidak termasuk pegawai masjid, surau dan ahli jawatankuasa pengurusan kariah masjid dan surau dengan mematuhi penjarakan fizikal.


“Kebenaran ini berkuatkuasa mulai waktu Subuh pada 9 Februari sehingga satu tarikh yang akan ditentukan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor setelah mendapat pandangan dan nasihat daripada MKN dan KKM.


“Namun bagi memastikan lebih ramai umat Islam dapat menunaikan Solat Jumaat, diperkenankan kebenaran sementera menunaikan solat Jumaat kepada 216 di seluruh negeri Johor.” - PN Online



Commentaires


bottom of page