• newsatmy

Johor tangguh sambutan Maulidur Rasul

Updated: Nov 30, 2020






Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata kerajaan negeri Johor hari ini mengarahkan semua masjid dan surau di negeri ini menangguhkan penganjuran majlis sambutan Maulidur Rasul bermula Selasa ini sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Arahan penangguhan itu dibuat sebagai langkah pencegahan diambil kerajaan negeri susulan peningkatan kes COVID-19 di beberapa mukim di daerah negeri ini.


Arahan itu selari dengan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menitahkan agar semua kadi daerah mengambil langkah berjaga-jaga dan mengambil tindakan segera serta tegas dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 di masjid dan surau negeri ini, ujarnya.


Tambahnya lagi, “Penangguhan bermula 1 Dis 2020 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak setelah mendapat pandangan dan pertimbangan daripada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).”


Susulan arahan itu, Tosrin berkata pemakaian Garis Panduan Tatacara Penganjuran Majlis Sambutan Maulidur Rasul Semasa/Selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Masjid/Surau Negeri Johor Darul Ta’zim dikeluarkan pada 18 Okt lalu juga ditangguhkan sehingga pengumuman baharu.