top of page
  • Writer's pictureNihaba

Jose Mourinho tidak berminat Newcastle

18 Oktober-ROME

Jose Mourinho tidak mahu dirinya dikaitkan dengan jawatan sebagai pengendali Newcastle yang kini dimiliki jutawan dari Arab Saudi. Steve Bruce masih memegang jawatan itu di St James' Park tetapi dijangka akan ditamatkan dalam masa terdekat.

Mourinho antara nama yang dikaitkan sebagai pengganti Bruce, tetapi pengendali AS Roma itu menolak spekulasi perpindahannya ke Newcastle. "Berkenaan Newcastle, tidak ada apa-apa yang saya ingin katakan. Satu-satunya perkara yang boleh saya katakan ialah saya pernah bekerja dengan tokoh penting dalam sejarah Newcastle - Sir Bobby Robson.

"Dan kerana itu saya mempunyai sedikit hubungan emosi dengan kota itu dan peminatnya. Tidak lebih daripada itu. Saya sekarang di sini dan amat gembira berada di sini. "Saya 100 peratus fokus dengan projek Roma, projek Friedkin," kata Mourinho. Lembaga pengarah Newcastle berkemungkinan akan mencari seorang lagi pengendali dari Portugal - Paulo Fonseca. Frank Lampard dan Roberto Martinez juga dikaitkan dengan jawatan itu. - AGENSI

bottom of page