• newsatmy

Julau Larry Sng telah dilantik pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) yang baru

25 Oktober-PETALING JAYA

Ahli Parlimen Julau Larry Sng telah dilantik pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) yang baharu.Menggantikan Dato Osman Sapian,ADUN Kempas dan bekas Menteri Besar Johor.

Difahamkan perletakkan jawatan Osman, sebagai pengerusi MPOC disebabkan faktor kesihatan.


MPOC mengumumkan pelantikan itu melalui ucapan tahniah di Facebook.

“Kakitangan dan pengurusan MPOC ingin mengucapkan tahniah kepada YB Larry Sng Wei Shien atas pelantikannya sebagai pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia,” katanya.


Sng pada bulan Februari mengundurkan diri daripada PKR untuk menjadi ahli parlimen bebas yang menyokong kerajaan PN pimpinan perdana menteri ketika itu Muhyiddin Yassin.