top of page
  • newsatmy

June Wei pilih tinggalkan BAM

16 NOVEMBER 2021

SELEPAS lebih enam tahun di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), perseorangan lelaki negara, Cheam June Wei, akhirnya memilih untuk membawa haluan berbeza.


Menurut pemain berusia 24 tahun berkenaan, keputusan itu sudah berada dalam fikirannya sejak dipanggil pulang ke Malaysia berikutan gagal mencapai Indeks prestasi utama (KPI) dalam Terbuka Republik Czech pada bulan lalu.


June Wei dilaporkan sudah menghantar surat peletakan jawatannya kepada BAM kelmarin dan mengulas mengenai perkara itu, dia berkata kepada wartawan Nadi Arena, Muiz Aziz: "Sebenarnya, saya sudah agak lama memikirkannya -- sejak saya pulang dari Eropah.


"Kerana dalam dua kejohanan terakhir (Terbuka Republik Czech dan Cabaran Antarabangsa Belgium), saya tidak dapat mencapai KPI, jadi selepas berfikir panjang, saya rasa mungkin kalau saya meninggalkan BAM sekarang, saya akan mendapatkan lebih banyak pendedahan di luar (BAM).


"Mungkin itulah keputusan terbaik untuk diri saya," katanya.


Mengenai perancangannya sebaik bergelar pemain profesional, June Wei menambah: "Buat masa ini, saya ada satu visi untuk merebut tempat bagi menyertai Sukan Olimpik 2024 (di Paris), jadi saya tidak akan berhenti dan akan berlatih sebagai pemain profesional.


"Apa yang penting, saya perlu mencari penaja terlebih dahulu."

Comments


bottom of page