top of page
  • Writer's pictureNihaba

Jururawat didakwa tuduhan membunuh bayi sendiri


SUNGAI SIPUT 1 Ogos: Seorang jururawat didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh bayi kandungnya yang berusia lapan bulan, minggu lepas.

Tertuduh, T Rebekal, 30 tahun, mengangguk tanda faham apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan.


namun, tiada pengakuan direkodkan kerana ia melibatkan kes bunuh. Mengikut kertas pertuduhan, seorang ibu tunggal yang bekerja di sebuah klinik swasta itu didakwa membunuh J S Melvin Jeshuran di sebuah rumah di Fasa 2A, Kampung Muhibbah, Sungai Siput (utara) kira-kira jam 6 petang, 24 Julai lalu.


T.Rebekal didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R S Vitthiyeswary manakala tertuduh diwakili peguam Nahtan Krishnan.

Mahkamah menetapkan 3 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik dan bedah siasat.


sebelum itu dilaporkan seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia dipercayai didera dalam satu kejadian di Sungai Siput.


Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis menerima laporan yang memaklumkan terdapat seorang bayi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Sungai Siput.


Jelas beliau pemeriksaan awal mendapati, terdapat banyak kesan kecederaan pada anggota badan bayi berkenaan.


Keputusan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, mendapati kecederaan dialami bayi itu adalah disebabkan objek tumpul.


bottom of page