top of page
  • newsatmy

Kacukan Melayu-Cina-Punjabi, Anzalna Nasir makin cantik berhijab

4 NOVEMBER 2021

WANITA yang mempunyai kacukan Melayu-Cina-Punjabi ini makin cantik berhijab. Itu lah ungkapan yang sering dilontarkan kepada selebriti terkenal, Anzalna Nasir ini.


Tanggal 17 September merupakan detik yang tak boleh dilupakan oleh seluruh peminat pelakon cantik ini apabila tampil dengan imej berhijab di laman media sosialnya buat pertama kali. Tiada ungkapan lain yang dikongsikannya, hanya menulis “Salam Jumaat,”.


Anzalna juga telah membuat kejutan buat suaminya, Muhamad Hanif Muhammad Zaki apabila tampil berhijab di majlis ulang tahun kelahiran suaminya yang ke-33.


Sejak daripada itu, penampilan Anzalna semakin manis dan sentiasa menerima pujian daripada peminatnya. Semoga pelakon Dendam Aurora itu terus istiqamah dan mencetus inspirasi buat semua wanita.


Hidayah itu milik Allah. Sebelum berhijab, Anzalna kelihatan kerap membantu mereka yang memerlukan. Antaranya, tahun lalu, finalis Dewi Remaja ini gigih mencari seorang penjual nasi lemak yang tidak mempunyai kedua-dua belah tangan mencari rezeki.


Anzalna kagum melihat usaha lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Nor Abdullah itu yang tidak ‘meminta-minta’.


Mungkin kemuliaan hati wanita ini mendapat keberkatan doa yang baik-baik daripada mereka yang telah dibantu oleh ibu kepada Mohamad Eidrees Mohd Hanif ini.


Ramai yang mengetahui hubungan akrab Anzalna Nasir dengan keluarganya dan pernah tular bila pernah menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada bapanya. Nyata yang wanita kacukan Melayu-Cina-Punjabi ini adalah seorang anak tahu menghargai jasa kedua ibu bapanya.


Baru-baru ini anak kepada YBrs. Profesor Dr. Md Nasir Ibrahim telah mengucapkan tahniah di atas pelantikan bapanya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia.


“Alhamdulillah. Congratulations dad! Im so proud of you. Sebagai anak, tumpang gembira. Ini adalah tanggungjawab, amanah besar dan teamwork semua pihak yang akan bersama-sama memacu industri filem kita. InsyaAllah,” tulis Anzalna di laman media sosialnya.


Nona juga ingin mengucapkan tahniah kepada YBrs. Profesor Dr. Md Nasir Ibrahim atas pelantikan ini dan selamat bertugas.


Seronok melihat kehidupan Anzalna dan suami dan anak sulungnya. Ada juga kata-kata ‘nakal’ mengatakan pasangan ini lahir dalam ‘dulang emas’.


Namun Anzalna menyangkal pendapat yang mengatakan pasangan Anzalna dan Hanif ini mampu berjaya dengan mudah kerana memiliki keluarga kaya-raya. “Saya jumpa Hanif ketika dia masih lagi student dan saya baru sahaja bermula dalam industri seni. Kami masing-masing masih muda dan berusia 21 tahun ketika itu.


"Walaupun kami sama-sama tak punya apa-apa ketika itu tetapi, kami berdua mengamalkan budaya setiap tahun akan fight untuk sesuatu target. Contohnya tahun tersebut saya mahu membeli rumah. Kami akan sama-sama ‘bertaruh’ siapa yang dulu dapat beli rumah.


"And then next year kata lah saya nak beli sebuah jenis kereta, we both will compete. Benda ini bukan selalu, at least dalam setahun we need something big to achieve. Kalau tak dapat it’s okay. Sekurang-kurangnya kami berdua mencuba untuk mendapatkan sesuatu.


"Kami berdua merencana kehidupan sekurang-kurangnya mencapai satu target setiap tahun. So bila kami berjaya mencapainya itu akan menjadi big achievement for us. Perubahan kehidupan begini membanggakan kami berdua kerana bermula dari bawah.


"Jadi kata-kata seperti, 'Ala you berdua boleh lah sebab anak orang kaya'. Tidak sebenarnya sebab kami berdua bekerja keras dan berusaha untuk mencapai apa yang diperoleh sekarang.


"Kami berdua ada bisnes sendiri and we don’t depend on our own family. We know our family can support us but for me, lagi bagus dan lagi bangga bila apa yang dikecap kini adalah hasil titik peluh sendiri,” bicara wanita kacukan Melayu-Cina-Punjabi ini kepada Nona.

bottom of page