- admin
Kad Merah Azam Azmi meragukan
HANOI 28 Dis:Sesuatu yang membingungkan berlaku pada minit ke-62 apabila Azam Azmi dilayangkan kad merah kerana pengadil perlawanan dari Jepun, Ryuji Sato menyifatkan Azam Azmi memijak kepala pemain Vietnam, Van Hau.
Jika kesalahan tersebut benar-benar berlaku, penalti wajar diberikan dan penyokong juga sudah sedia maklum dan memperlajari satu ilmu baru berkenaan kesalahan di luar padang berdekatan kotak penalti.
Walaubagaimanapun, ulang tayang di kaca televisyen gagal memaparkan perkara sebenar apa yang berlaku
Selepas perbincangan lanjut dilakukan Ryuji Sato bersama pengadil garisan, penalti tetap diteruskan dan layangan kad merah diberikan kepada Azam Azmi.
Azam Azmi dan beberapa pemain Malaysia jelas terkejut dengan tindakan pengadil namun tetap meneruskan perlawanan untuk mencari jaringan pertama perlawanan.
Dalam aksi ke-3 Malaysia di Piala AFF 2022, Malaysia tewas 0-3 kepada Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi.
Comments