top of page
  • admin

Kadar jangka pendek kekal stabil dengan campur tangan BNM


KUALA LUMPUR, 29 Sept- Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Mudah tunai dianggarkan RM39.7 bilion dalam sistem konvensional dan RM33.38 bilion dalam dana Islam. Hari ini, bank pusat akan mengadakan dua tender pasaran wang konvensional yang terdiri daripada tender RM1 bilion selama tujuh hari dan tender RM500 juta untuk tempoh 14 hari, serta tiga tender Qard iaitu tender RM1.5 bilion selama tujuh hari, tender RM900 juta (14 hari) dan RM100 juta tender (21 hari). Bank pusat itu juga akan menjalankan dua tender repo berbalik, terdiri daripada tender RM350 juta untuk jangka masa 32 hari dan tender RM600 juta selama 181 hari.


Ia telah mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan. Pada 4.00 petang, BNM akan mengendalikan sehingga RM38.1 bilion untuk tender semalaman konvensional dan RM29.9 bilion bagi tender semalaman Murabahah. - BERNAMA

bottom of page