top of page
  • admin

Kadar jangka pendek kekal stabil dengan campur tangan BNM


KUALA LUMPUR, 17 Okt- Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Mudah tunai dianggarkan RM37.41 bilion dalam sistem konvensional dan RM30.77 bilion dalam dana Islam. Hari ini, bank pusat itu akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional yang terdiri daripada tender RM1 bilion selama lapan hari dan tender RM500 juta bertempoh 14 hari. Ia juga akan menawarkan tiga tender Qard, terdiri daripada tender RM2.3 bilion untuk 14 hari dan dua tender RM200 juta, masing-masing bertempoh lapan hari dan 21 hari.


Bank pusat itu juga akan mengendalikan dua tender repo berbalik iaitu tender RM1.5 bilion selama 31 hari dan tender RM190 juta untuk jangka masa 182 hari. Selain itu, ia telah mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan. Pada pukul 4.00 petang, BNM akan melaksanakan sehingga RM36.6 bilion bagi tender semalaman konvensional dan RM28.1 bilion untuk tender semalaman Murabahah.-BERNAMA

bottom of page