top of page
  • admin

Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM


KUALA LUMPUR, 4 Jan- Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Mudah tunai dianggarkan RM40.49 bilion dalam sistem konvensional dan RM39.81 bilion dalam dana Islam. Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion, masing-masing selama tujuh dan 14 hari, satu tender program Murabahah komoditi melibatkan RM1 bilion untuk jangka masa 34 hari serta tender repo berbalik RM800 juta selama 365 hari.


Bank Negara turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan. Pada pukul 4.00 petang, BNM akan mengendalikan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM38.3 bilion dan tender semalaman Murabahah berjumlah RM37.8 bilion. -BERNAMA

Comments


bottom of page