top of page
  • newsatmy

Kadar muflis bakal meningkat, golongan belia dikhuatiri jadi penyumbang terbesar menjelang 2022

25 NOVEMBER 2021

KUALA LUMPUR: Dengan bakal tamatnya sebahagian besar pakej bantuan kerajaan menjelang hujung tahun ini, kadar muflis negara dijangka bakal terus meningkat dan golongan belia dikhuatiri menjadi penyumbang terbesar masalah ini.


Isu ini sebenarnya tidak berlaku disebabkan pandemik COVID-19 sahaja tetapi ia telah wujud setelah sekian lama dan ini menjadi antara permasalahan negara Malaysia yang sukar diatasi.


Isu muflis ini khasnya buat golongan belia menjadi nanah dan semakin parah akibat kesan pandemik yang menyaksikan bilangan golongan ini kehilangan kerja seterusnya menjadi mereka hilang pendapatan, hilang upaya untuk memenuhi komitmen yang sedia ada malah menambahkan lagi hutang yang sedia ada.


Menurut Jabatan Insolvensi pada Mei 2021, jumlah kes muflis melibatkan belia meningkat lima kali ganda daripada 324 kes muflis pada Disember 2020 kepada 1,864 kes pada suku tahun pertama sahaja.


Golongan berusia antara 35 hingga 44 tahun dicatatkan sebagai golongan teramai diisytihar muflis berbanding golongan lain.


Pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, sewa beli kenderaan, hutang kad kredit dan hutang perumahan menjadi punca utama muflis berdasarkan laporan Jabatan Insolvensi.


Pengerusi KWSP Tan Sri Ahmad Badri mengingatkan majoriti pencarum kini berisiko jatuh dalam kemiskinan di usia tua kerana telah mengeluarkan wang simpanan mereka semasa pandemik melanda dan dikhuatiri tidak cukup untuk menjalani kehiduoan persaraan yang selesa.


Realitinya 48 peratus ahli KWSP adalah mereka yang berusia dibawah 55 tahun yang mempunyai bilangan simpanan KWSP yang rendah.


Antara langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan belia terjebak dalam masalah ini adalah dengan mengelak mengikuti trend gaya hidup mewah dan kemahuan diri melebihi kemampuan sebenar diri sendiri.


Pelbagai program kesedaran dan pinjaman khusus untuk belia diperkenalkan bagi mengelak mereka terjerumus dalam lembah kemuflisan ini kerana kesan pandemik COVID-19 telah merubah kehidupan ramai khasnya dalam kewangan dan ekonomi.


Kerajaan harus memberi tumpuan utama terhadap aspek peluang pekerjaan agar peluang ini dapat membantu golongan belia yang berisiko untuk keluar dari masalah yang semakin mencengkam ini.

bottom of page