• Arissa Azman

Kadar pemberian vaksin melepasi 18,000 dos dalam masa 1 jam

17 Jun 2021

KUALA LUMPUR: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencapai kemajuan memberangsangkan apabila mencatat kadar pemberian vaksin tertinggi dengan 18,000 dos dalam masa 1 jam.


Ia adalah kadar tertinggi sejak PICK bermula pada 24 Februari lalu, selain menyaksikan kapasiti pemberian vaksin melepasi 150,000 dos untuk tiga hari berturut-turut.


Jumlah itu berjaya dicapai sejak kerajaan memperkenalkan pusat pemberian vaksin (PPV) mega, bergerak dan pandu lalu, baru-baru ini.


Jumlah keseluruhan pemberian vaksin dos 1 dan 2 bagi 15 Jun 2021 adalah jumlah paling memberangsangkan, iaitu sebanyak 215,876 dos.


Jumlah ini akan terus meningkat agar sasaran Pelan Pemulihan Negara untuk mencapai imuniti kelompok secepat mungkin boleh dicapai dan negara boleh mula beralih secara teratur dan selamat kepada norma kehidupan pra pandemik.



--PN Online