Arissa Azman
Kajian Culaan di DUN Jasin dapati pengundi cenderung memilih PN
15 NOVEMBER 2021

Sistem culaan pengundi menjadi fokus utama untuk mengetahui pengundi cenderung ke arah parti mana.
Kerana masih dalam keadaan pandemik Covid-19 dan tidak dibenarkan berjumpa dengan masyarakat setempat, kami menggunakan kaedah kajian dengan menggunakan telefon bimbit untuk membuat panggilan.
Mengikut kajian lapangan yang dilakukan oleh Media daripada PN Online, kami dapati bahawa berkemungkinan akan dimenangi oleh parti Perikatan Nasional (PN) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Jasin.
Culaan DUN di N24 Bemban mendapati seramai 18,573 jumlah pengundi yang berdaftar dan jumlah keseluruhan culaan setakat 14 Nov 2021 adalah sebanyak 1,100 (5.92%) undi.
Kajian culaan bagi parti PN yang diwakil oleh Dr Mohd Yadzil Yaakub (BERSATU) di DUN Bemban adalah sebanyak 741, manakala bagi parti Barisan Nasional (BN) yang diwakil oleh Datuk Koh Chin Han (MCA) sebanyak 121 undian, Pengundi Atas Pagar (PAP) pula sebanyak 228 dan parti Pakatan Harapan yang diwakil oleh Tey Kok Kiew (DAP) adalah hanya 11 undian.
Mengikut data culaan yang dikaji setakat semalam, DUN N24 Bemban berkemungkinan akan dimenangi oleh parti PN yang diwakil oleh Dr Mohd Yadzil Yaakub.
Mohd Yadzil bakal berdepan saingan lima penjuru menentang Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok Kiew (PH), Koh Chin Han (BN), Azmi Kamis (Bebas) dan Ng Choon Koon (Bebas).
Bagaimanapun, sikap keprihatinan dan mesra Dr. Yadzil menjadi penyebab utama mengapa pengundi di sekitar Bemban memilih beliau.
Bagi culaan DUN di N25 Rim, kami dapati seramai 13,672 jumah pengundi yang berdaftar dan jumlah keseluruhan culaan setakat 14 Nov 2021 adalah sebanyak 1,727 (13.63%) undi.
Kajian culaan bagi parti PN yang diwakil oleh Azalina Abdul Rahman (BERSATU) di DUN Rim adalah sebanyak 1,072, manakala bagi parti Barisan Nasional (BN) yang diwakil oleh Datuk Khaidhirah Abu Zahar (UMNO) sebanyak 400 undian, Pengundi Atas Pagar (PAP) pula sebanyak 253 dan parti Pakatan Harapan yang diwakil oleh B. Prasanth Kumar (PKR) adalah hanya 1 undian.
Mengikut data culaan yang dikaji setakat semalam, DUN N25 Rim berkemungkinan akan dimenangi oleh parti PN yang diwakil oleh Azalina Abdul Rahman, yang dikenali kerana telah banyak membantu masyarakat setempat sejak dahulu walaupun sebelum PRN Melaka dimulakan lagi.
Azalina yang juga merupakan Ketua Srikandi Bersatu Melaka bakal berdepan saingan tiga penjuru menentang Datuk Khaidhirah Abu Zahar(BN-UMNO) dan B. Prasanth Kumar(PH-PKR).
Bagi culaan DUN di N26 Serkam, seramai 15,977 jumah pengundi yang berdaftar dan jumlah keseluruhan culaan setakat 14 Nov 2021 adalah sebanyak 878 (5.5%) undi.
Kajian culaan bagi parti PN yang diwakil oleh Ahmad Bilal Rahudin (PAS) di DUN Serkam adalah sebanyak 518, manakala bagi parti Barisan Nasional (BN) yang diwakil oleh Datuk Zaidi Attan (UMNO) sebanyak 162 undian, dan Pengundi Atas Pagar (PAP) pula sebanyak 198.
Mengikut data culaan yang dikaji setakat semalam, DUN N25 Serkam berkemungkinan akan dimenangi oleh parti PN yang diwakil oleh Ahmad Bilal Rahudin.
Ahmad Bilal yang pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Seni, Budaya & Sukan (DACS) Pemuda Pas Malaysia bakal berdepan saingan empat penjuru menentang Datuk Zaidi Attan (BN-UMNO), Norazlanshah Hazali (Bebas/IND) dan Muhammad Khomeini Kamal (PH - Amanah).
Bagi culaan DUN di N27 Merlimau, seramai 114,014 jumah pengundi yang berdaftar dan jumlah keseluruhan culaan setakat 14 Nov 2021 adalah sebanyak 408 (2.91%) undi.
Kajian culaan bagi parti PN yang diwakil oleh Abd Alim Shapie (PAS) di DUN Merlimau adalah sebanyak 152, manakala bagi parti Barisan Nasional (BN) yang diwakil oleh Dr Muhamad Akmal Saleh (UMNO) sebanyak 81 undian, dan Pengundi Atas Pagar (PAP) pula sebanyak 175.
Mengikut data culaan yang dikaji setakat semalam, DUN N27 Merlimau berkemungkinan akan dimenangi oleh parti PN yang diwakil oleh Abd Alim Shapie, yang dikenali kerana begitu disenangi rata-rata penduduk setempat.
Abd Alim yang juga merupakan Penyelia Pas Parlimen Jasin, bakal berdepan saingan tiga penjuru menentang Dr Muhamad Akmal Saleh (BN-UMNO) dan Azrin Ab Majid (PH-PKR).
Manakala bagi culaan DUN di N28 Sungai Rambai mendapati seramai 11,837 jumlah pengundi yang berdaftar dan jumlah keseluruhan culaan setakat 14 Nov 2021 adalah sebanyak 4,773 (40.32%) undi.
Kajian culaan bagi parti PN yang diwakil oleh Muhammad Jefri Safry (BERSATU) di DUN Bemban adalah sebanyak 751, manakala bagi parti Barisan Nasional (BN) yang diwakil oleh Siti Faizah Abdul Azis (UMNO) sebanyak 45 undian, Pengundi Atas Pagar (PAP) pula sebanyak 3,126 dan parti Pakatan Harapan yang diwakil oleh calon termuda, Farzana Hayani Mohd Nasir (PKR) adalah hanya 1 undian.
Mengikut data culaan yang dikaji setakat semalam, DUN N28 Sungai Rambai berkemungkinan akan dimenangi oleh parti PN yang diwakil oleh Muhammad Jefri Safry.
Muhammad Jefri Safry yang merupakan Naib Ketua Armada Negeri Melakabakal berdepan saingan empat penjuru menentang Siti Faizah Abdul Azis (BN-UMNO), Farzana Hayani Mohd Nasir (PH-PKR) dan Nazatul Asyraf Md Dom (Putra).
Anak muda yang berusia 30 tahun ini adalah Jurulatih Taekwondo dan fasih berbahasa cina serta sering dilihat menyertai aktiviti harian bersama anak-anak muda di Sungai rambai seperti bermain futsal, badminton dan sebagainya.
Jika kita lihat culaan di atas, kebanyakan pengundi cenderung memilih Parti Perikatan Nasional yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, atau lebih dikenali sebagai Abah.
Kepimpinan bekas Perdana Menteri diakui teruji di saat seluruh dunia termasuk negara berhadapan pendemik COVID-19 namun beliau tidak mudah melatah dan sentiasa bersemangat untuk membantu masyarakat setempat.
Malah Abah disifatkan sebagai individu yang sentiasa menunjukkan kesungguhan untuk melindungi rakyat daripada pandemik COVID-19.
Jelas sekali terdapat peningkatan dari segi kepimpinannya dan manfaat dirasai semua lapisan masyarat daripada golongan bawah kepada golongan pertengahan.