• newsatmy

Kajian UNICEF, UNFPA bukan gambaran menyeluruh - Pakar

20 Februari 2021

KUALA LUMPUR - Kajian ‘Families on the Edge’ yang diterbitkan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan UNFPA baru-baru ini tidak menggambarkan kedudukan keseluruhan sosio-ekonomi Malaysia ketika ini.


Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, beliau tidak menolak kaedah dan dapatan kajian berkenaan, tetapi ia bukan gambaran yang mencerminkan keadaan seluruh rakyat Malaysia.


“Laporan ini kena berhati-hati, kerana sampel ini juga termasuk golongan orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, purata saiz keluarga 4-5 orang.


“Cuba bayangkan, awak buat kajian, awak himpun orang dalam kategori ini dan bertanya mereka pada hari ini, selepas kita berhadapan dengan krisis COVID-19.


“Bukan setakat mereka, kru kabin, jurutera, juruterbang pun ada masalah, apatah lagi golongan ini. Jadi, bagi saya, saya akan ambil laporan ini dalam konteksnya.


"Tidak mengapa, kalau UNICEF hendak membuat kajian terhadap kumpulan-kumpulan yang begitu rentan, seperti gelas yang sudah retak, dijentik sedikit, sudah terlerai.


“Jadi, kalau keluar tajuk yang menyatakan pendapatan jatuh 50 peratus, saya tidak menolak kewujudan kumpulan ini, tetapi saya menolak ini adalah gambaran keseluruhan negara kita,” jelasnya.


Beliau berkata demikian dalam temu bual yang distrim di Facebook Majlis Profesor Negara pada Jumaat.

Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.