• Arissa Azman

Kalah PRN Melaka: Pengerusi DAP Melaka letak jawatan

22 NOVEMBER 2021

MELAKA: Tey Kok Kiew meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP Melaka berkuat kuasa serta-merta selepas parti itu hanya memenangi empat daripada lapan kerusi yang ingin dipertahankan dalam pilihan raya negeri pada Sabtu.


Malah Kok Kiew juga memohon maaf atas kekalahan DAP pada PRN Melaka.


“Sebagai Pengerusi DAP negeri, saya mesti bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan pilihan raya,”


Kok Kiew juga gagal menang merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban selepas tewas kepada calon PN Dr Yadzil yang memenangi kerusi DUN tersebut dengan majoriti 1,116 undi.


DAP hanya menang di empat DUN; Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana and Bandar Hilir.


Walau bagaimanapun Kok Kiew masih kekal sebagai ahli DAP.