top of page
  • cik skod

‘Kalau Hujan Pakailah Payung, Tapi Kalau Banjir Macam Mana Ahmad Maslan’?


KUALA LUMPUR, 20 Okt – Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berkata, tiada sebab bagi rakyat Malaysia tidak keluar mengundi memandangkan tidak pernah berlaku sebarang rusuhan sepanjang 14 kali pilihan raya umum diadakan.


Beliau juga menasihatkan pengundi menyediakan payung untuk keluar mengundi sekiranya hujan.


Penyandang Parlimen Pontian itu, juga meramalkan peratusan keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) sekitar 75%.


Katanya, angka itu sudah cukup baik untuk mencerminkan proses demokrasi yang berkesan daripada jumlah pengundi yang lebih ramai, berbanding PRU 2018.


PRU15 bakal menyaksikan sekitar 21 juta pemilih berdaftar layak mengundi, peningkatan hampir sekali ganda daripada jumlah pengundi pada PRU14 dan daripada jumlah itu, Ahmad berkata, “masih ramai yang tak ambil peduli”.


Katanya, tiada yang menghalang rakyat keluar mengundi dalam keadaan negara yang aman serta fenomena alam yang dirasakannya masih boleh didepani untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara.


“Kalau hujan, pakailah payung. Jadi pada saya, mereka perlu keluar mengundi.”


Namun Ahmad gagal menjelaskan bagaimana pula sekiranya bukan sahaja hujan, bila kawasan tersebut telah berlaku banjir dan pengundi ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), bagaimana pula mereka mahu membuang undi.


Juga, Ahmad gagal menjelaskan mengapa pengundi enggan keluar mengundi akibat tindak-tanduk Umno-BN merampas mandat rakyat dari tangan PH setelah 22 bulan memerintah yang menyebabkan rakyat bosan dengan parti politik.

bottom of page