top of page
  • newsatmy

"Kami baru sambut hari jadi ayah" - Ariff Bahran risau isteri, keluarga selepas positif COVID-19

6 Februari 2022

PENYANYI dan pelakon Ariff Bahran mendedahkan yang dia dijangkiti COVID-19.

Perkhabaran tersebut dikongsi oleh Ariff menerusi akaun Instagramnya.


“Waktu yang tepat ketika serangan panik melanda. Bergegas ke klinik selepas sesi penggambaran. Rasa lemah badan, selesema sakit tekak.

“Buat self-test dua kali dan tak puas hati. Pergi ke klinik untuk menjalani ujian RTK. Disahkankan positif COVID-19,” tulisnya.

Menerusi kapsyen yang sama, Ariff turut berasa risau terhadap isteri dan keluarganya memandangkan mereka baru sahaja menyambut hari lahir bapanya.


“Saya risaukan isteri dan keluarga saya kerana kami baru sahaja sambut hari jadi ayah hari ini. Doakan semuanya baik-baik sahaja.


“Untuk mereka yang sedang bekerja, tolong jaga SOP,” tulis Ariff lagi.


Di ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata semangat serta doa buat Ariff supaya lekas sembuh termasuklah rakan artis seperti Haqiem Rusli, Tajul dan Ray.


Sementara itu, menerusi kemas kini Instagram Story isteri Ariff iaitu Amirah Syazwani, wanita itu memohon agar mendoakan kesihatan suaminya.


“Mohon doakan suami saya untuk segera sembuh. Sungguh sedih apabila mendapat tahu yang dia positif hari ini.


“Kami berdua perlu kuarantin sungguhpun saya negative. Apa yang dia buat sejak bulan lalu ada bekerja, tidak berhenti sehingga hari ini.


“Tolong jaga diri dan sesiapa yang mempunyai kotak rapat dengan Ariff, tolong buat pemeriksaan,” tulis Amirah.


Ariff dan Amirah mendirikan rumah tangga pada 3 September 2021.


Pasangan tersebut mendedahkan yang mereka bergelar suami isteri menerusi persembahan Ariff pada sebuah majlis anugerah hujung tahun lalu.

Comments


bottom of page