top of page
  • newsatmy

"Kan semua orang seronok JDT kalah"- Sanusi

1 Disember

ALOR STAR-Presiden Persatuan Bolasepak Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengatakan perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-100 tidak akan menjadi buah mulut sekiranya ia dimenangi oleh Johor Darul Takzim (JDT).Beliau yang sering menimbulkan isu kontrovosi dengan TMJ,pemilik JDTFC.


Reputasi hebat JDT sebagai pasukan pilihan untuk dinobatkan selaku juara Piala Malaysia , sememangnya kekalahan mereka dalam aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa, tidak dijangka dan merupakan satu kejutan besar seterusnya membuatkan pasukan itu menjadi sasaran troll dalam kalangan penyokong.


Malah, Sanusi sendiri tidak ketinggalan untuk berseloroh mengenai kekalahan dialami JDT bimbingan Benjamin Mora dan memberitahu bolasepak menjadi lebih menarik dan menyeronokkan jika berlaku perkara atau keputusan luar jangkaan.


“Kan semua orang seronok kalau JDT kalah. Kalau JDT menang orang tak heran pun kan” ujar Sanusi ketika berucap di Majlis Kebajikan Keluarga Kedah 2021 bersama anak-anak Kedah di Mesir.

Beliau meraikan kekalahan JDT dengan serangkap pantun“Anak-anak yang dikasihi sekalian, saya ada pantun. Satgi saya takut saya lupa. Dari Kedah ke Singapura, singgah di KL membeli gula, saya membawa berita gembira, JDT kalah lawan bola.”

KL City mencatat kemenangan 2-0 menerusi jaringan Zhafri Yahya dan Paolo Josue untuk menoktahkan kemarau 32 tahun pasukan itu mendakap trofi Piala Malaysia

.

Selain itu, menerusi satu status yang lain Sanusi dikatakan sempat memerli pasukan JDT berikutan tidak berjaya menjulang trofi Piala Malaysia sempena ulang tahun ke-100. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan status tersebut dan sempat berkongsi foto-foto lucu bersama harimau.

Sapa ada gambar harimau jalan tersipu-sipu.





コメント


bottom of page