top of page
  • cik skod

Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM


KUALA LUMPUR 28 Mac: Sukan karate akan menjadi sasaran lubuk pingat emas buat skuad karate negara pada temasya Sukan SEA 2023 di Kemboja, Mei ini.


Ketua Kontinjen (CDM) ke Sukan SEA Kemboja 2023, Datuk Mohd Nasir Ali yang meletakkan harapan tinggi kepada skuad itu berkata dengan kehadiran ketua jurulatih baharu daripada Mesir, Tamer Abdelraouf Mohamed Mourssy, beliau yakin pasukan karate negara mampu memperoleh pencapaian cemerlang.


"Saya yakin pasukan karate mampu menyumbang pingat emas lebih daripada pencapaian yang diraih pada Sukan SEA Hanoi, di Vietnam tahun lalu," katanya kepada pemberita semasa meninjau persiapan skuad berkenaan di sini pada Isnin.

Pada edisi tahun lepas, skuad karate negara berjaya menamatkan kempen dengan memenangi empat pingat emas dan enam pingat gangsa.


Sementara itu, mengenai larian obor Sukan SEA, Mohd Nasir berkata ia telah dijadual berlangsung di ibu negara pada 11 April ini membabitkan atlet dan bekas atlet.


Larian obor telah dimulakan di Kemboja pada Selasa serta dibawa mengelilingi Angkor Wat dan seterusnya ke negara Asia Tenggara lain - Vietnam, Filipina, Brunei, Indonesia, Timor-Leste, Malaysia, Singapura, Thailand, Myanmar dan Laos.


Obor akan kembali ke Kemboja pada 27 April.

-- BERNAMA

Comments


bottom of page