top of page
  • Writer's pictureNizam

KASA atasi masalah banjir genang di Selangor


KUALA LUMPUR: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memobilisasi aset pam air mudah alih bagi Operasi Banjir Genang di Selangor. Menterinya Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebanyak 21 pam air mudah alih JPS dari pelbagai negeri membantu mengepam air sejak 20 Disember lepas. Katanya Petronas turut sama membantu operasi tersebut dengan menyumbang bekalan diesel bagi operasi pam air mudah alih JPS.


“Banjir genang (banjir termenung) berlaku selepas kejadian banjir disebabkan laluan keluar air sama ada parit utama, sistem saliran atau sungai terhalang.

“Keadaan topografi yang rendah juga boleh menyebabkan air bergenang dan mengambil masa untuk surut,” katanya pada catatan di laman sosialnya.


Menurutnya juga kaedah penyelesaian biasa masalah tersebut iaitu pengepaman keluar air.

Beliau juga berkata, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) turut membangunkan produk inovatif Water to Mist Sprinkle System.


Kata beliau kaedah itu menggunakan pendekatan proses penyejatan aktif yang bertindak balas terhadap suhu, kelajuan dan arah angin.

“Keberkesanan produk prototaip ini akan terus dipertingkat melalui kajian terperinci dan pelaksanaan lebih menyeluruh bagi mengurangkan risiko dan impak banjir genang kepada penduduk yang terjejas,” ujarnya.

bottom of page