top of page
  • newsatmy

Ke arah memartabatkan tradisi masyarakat Bugis


Pada abad ke-17 sudah terdapat petempatan orang Bugis di Semenanjung Tanah Melayu, namun kedatangan mereka dalam jumlah yang besar berlaku pada kolonial Inggeris khususnya pada suku akhir abad ke-19.


Kedatangan mereka ke Tanah Melayu berterusan sehingga sekarang.


Meskipun jumlah populasi mereka tidak dapat diketahui dengan jelas dan tepat kerana kekurangan sumber bertulis dan lisan yang begitu ketara, namun kehadiran mereka dapat dilihat majoritinya di dua buah negeri di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Johor dan Selangor.


Di Johor, peranan mereka sebagai peneroka hutan dan pembina petempatan luar bandar adalah antara aspek penting dalam membentuk sejarah masyarakat Bugis di negeri Johor.


Kewujudan masyarakat Bugis dapat dikesan di beberapa petempatan yang masih kekal hingga sekarang seperti di beberapa buah kampung dalam mukin-mukim di Johor seperti Benut, Sungai Karang, Serkat, Ayer Masin, Ayer Baloi, Sungai Pinggan, Jeram Batu, Sungai Kluang, Minyak Beku, Sungai Punggur, Pengerang, Muar, Gelang Patah dan sekitar Pekan Nenas.


Orang Bugis berasal dari kepulauan Sulawesi di Indonesia, dan kini dengan populasi seramai tiga juta, mendiami hampir kesemua kawasan di Sulawesi Selatan.

Penaklukan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur dengan suku lain di Sumatera, Kalimantan, Jawa, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.


Etnik Bugis cukup terkenal di dalam bidang maritim di Kepulauan Melayu dan di dalam bidang ekonomi. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang berani, dan pedagang yang berjaya.


Mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam politik dan perbalahan negeri-negeri Melayu ketika itu, terutama sekali di negeri Johor.


Ia bermula apabila Daeng Loklok ingin memerintah Johor tetapi tidak dipersetujui oleh pemerintah negeri Johor Riau Lingga ketika itu, iaitu Raja Kechil.


Hal ini menyebabkan Daeng Loklok atau Bendahara Husain meminta bantuan Raja-Raja Bugis untuk menumpaskan Raja Kechil.


Bermula dari sinilah campur tangan Bugis di Tanah Melayu.


Malah,Raja Ali, anak Daeng Chelak, Raja Lumu, dinobatkan sebagai Sultan Selangor pertama.


Etnik Bugis mempunyai bahasanya tersendiri yang dikenali sebagai Bahasa Bugis dan juga dikenali sebagai Bahasa Ugi.


Konsonan di dalam Ugi pula di kenali sebagai Lontara yang berdasarkan tulisan Brahmi.


Tulisan bugis adalah tulisan disusun berdasarkan bentuk alam persekitaran tropika seperti bentuk gunung, bukit sungai dalam bentuk mudah dan ringkas kerana kaedah penulisan samada menggunakan lidi /kayu atau menggunakan badek/kawali di atas daun lontar atau digarit (bukan ukiran atau pahat) terus di atas tanah dan batu untuk tujuan komunikasi dipersekitaran hutan tropika yang mempunyai persamaan ketara dengan pelbagai tulisan di asia tenggara seperti tulisan rencong dan lempong dan lain-lain.


Corak tulisan ringkas ini amat penting sebagai alat komunikasi dalam persekitaran mereka.


Tulisan ini berevolusi dari tulisan berdasarkan piktorial atau perwakilan simbol sebagai misal huruf "nya" asalnya adalah simbol tangan yang digengam sebagai simbol kepada sesuatu perkara berubah kepada garisan bergerigi tumpul untuk meringkaskan lagi huruf tersebut.


Hal ini kita masih dapat dilihat dalam variasi tulisan rencong dan lampung di Sumatera.


MUZIUM BUGIS, PONTIAN JOHOR


Muzium Bugis terletak di Kampung Teluk Kerang, Pontian, Johor, Malaysia.


Muzium ini dibina oleh penduduk tempatan yang berminat menyimpan pelbagai koleksi sejarah berkaitan orang Melayu terutama etnik Bugis.


Orang Bugis datang ke Semenanjung Tanah Melayu setelah Makassar di Sulawesi diserang dan ditawan oleh pihak Belanda.


Kebanyakan penduduk Pulau Ambon di Sulawesi berjaya dikristiankan oleh penjajah Belanda.


Dalam muzium ini dipamerkan pelbagai gambar hitam putih berbentuk fotostat bersaiz besar.


Terdapat peralatan dapur yang bersaiz besar.


Oleh kerana muzium ini tidak diuruskan secara profesional, beberapa bahan di dalamnya tidak kekal cantik.


Bayaran masuk tidak dikenakan tetapi anda boleh memberi sumbangan ikhlas. Muzium ini pada mulanya diasaskan pada tahun 1982 sebagai Warisan Bugis.


Pada 26 Julai 1994, Kerajaan Johor menyokong muzium ini melalui Yayasan Warisan Johor dan mengistiharkan muzium ini sebagai muzium Bugis pertama di Malaysia.


Pada Oktober 2016, Gabenor Sulawesi Selatan, Syahrul Yasin Limpo melawat musium ini dan berjumpa penduduk Bugis tempatan.


Dia berharap perhubungan antara orang Bugis di negara berlainan akan dapat dikekalkan.


Terdapat lebih dari 2,000 artifak dipamerkan di muzium ini, dari senjata, pakaian, siling lama, perhiasan, gambar dan sebagainya.


Muzium ini ditempatkan di dalam bangunan berbentuk senibina tradisional Malaysia.


Muzium ini dibuka setiap hari dari jam 10:00 a.m. hingga 6:00 p.m. Masuk adalah percuma.


Kesimpulannya, kehadiran orang Bugis memang memainkan peranan yang penting dalam ekonomi di Tanah Melayu.


Keupayaan Bugis menggunakan kelebihan yang ada pada mereka seperti berdagang dan berlayar menyebabkan Bugis dilihat sebagai satu kuasa yang begitu kuat dalam kegiatan perdagangan dan perlayaran.


Harapan pengasas Muzium Bugis iaitu Puan Andi Husni kepada semua orang Bugis di Malaysia dan Johor, datanglah ke Muzium Bugis untuk lebih mengenali adat, salahsilah dan kebudaayan masyarakat Bugis.


Kerana jika bukan generasi akan datang yang mempelajari adat dan salahsilah ini, ianya mungkin akan ditelan zaman begitu sahaja.



bottom of page