top of page
  • admin

Keberkesanan bantuan JKM tanpa tunai akan dikaji semula


PUTRAJAYA, 5 Jan- Laporan kajian keberkesanan Pembayaran Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tanpa Tunai atau JKMPay, bakal dibentangkan dalam tempoh terdekat.


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata kajian berkenaan telah selesai dijalankan JKM.


"Jadi apa yang kita nak buat di sini ialah kita nak lihat dari segi manfaatnya yang lebih baik.


"Kalau lebih ramai lagi nak yang bayaran tunai, oleh kerana itu adalah pengurusan sendiri mungkin tidak ada masalah untuk membuat pertukaran balik. Tapi ia akan mengambil masa kerana ada sistem tertentu yang perlu dilakukan," kata Nancy di sini ketika mengulas cadangan Presiden OKU Sentral, Datuk Ras Adiba Radzi agar JKMPay dimansuhkan kerana tidak mesra pengguna dan menyukarkan penerima membuat pembelian dengan kad bayaran tanpa tunai.

bottom of page