top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Kecaman rakyat Malaysia di laman sosial Menteri Austria mungkin akan memberi impak negatif

11 Julai 2021

Netizen Malaysia melepaskan rasa geram terhadap cara Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali menangani wabak Covid-19 pada laman media sosial Menteri Hal Ehwal Digital dan Ekonomi Austria, Margarete Schramböck.


Ini selepas ciri komen platform media sosial Azmin ditutup di tengah-tengah komen kemarahan yang berterusan.


Hantaran Schramböck dalam bahasa Jerman di laman Facebooknya mengenai pertemuan bersama Azmin mendapat lebih 6,700 komen, kebanyakannya netizen Malaysia.


Antaranya, “Tuan Yang Terutama Dr Margerete Schramböck, kami ingin memperdagangkan Azmin Ali dengan apa sahaja yang sesuai dengan anda, sebuku roti … sebiji batu, tidak menjadi masalah. Kami akan mengambil apa sahaja untuk dia terus tinggal di sana. Harap pertimbangkan perdagangan ini, terima kasih,” kata seorang pengguna Facebook.


Pada pendapat sesetengah individu, ianya amatlah tidak elok dan tidak manis untuk kecam pemimpin negara kita dalam laman sosial pemimpin negara luar.


Ya, mungkin rakyat marah kerana Azmin dilihat terbang ke luar negara ketika pandemik Covid-19 melanda dan rakyat diarahkan duduk di rumah, namun Azmin pergi ke Austria atas urusan kerja, iaitu untuk menarik pelabur asing melabur ke Malaysia.


Dan jika lebih banyak pelabur asing yang ingin melabur di Malaysia, akan bertambahlah peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan sekaligus meningkatkan ekonomi negara kita.


Tindakan rakyat yang meninggalkan komen negatif di laman sosial milik Menteri Austria ini mungkin akan memberikan kesan dan juga pandangan yang buruk kepada Malaysia oleh pelabur-pelabur luar untuk melabur di negara kita.


Jadi, berfikirlah sebelum bertindak. Jangan ambil tindakan semberono konon ingin menjadi hero tetapi mendatangkan kerugian bukan hanya pada diri sendiri, tapi pada Malaysia juga.




--PN Online



bottom of page