Kedai roti canai tular kembali beroperasi
GEORGE TOWN, 10 Jan - Kedai roti canai popular di Jalan Transfer, George Town yang diarah tutup atas faktor kebersihan sebelum ini kembali dibuka. Pengoperasian semula kedai yang berusia hampir 90 tahun itu hari ini selepas kerja-kerja pembersihan dilaksanakan. Menurut pemiliknya, Shah Jahan Abd Hamid barisan pekerja juga telah diganti bagi memastikan aspek kebersihan menjadi keutamaan.
"Saya minta maaf kepada pelanggan dan pelancong yang datang ke kedai ini. Setelah diarahkan tutup, kami terus bersihkan kedai. Sebelum hendak dibuka semula, pejabat kesihatan datang dulu tengok...sudah bersih baru dibenarkan buka semula," katanya ketika ditemui pemberita di gerainya, di sini. Kedai terbabit sebelum ini diarah tutup oleh Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut. Tindakan dibuat susulan tular rakaman video mengenai pengendalian kebersihan di kedai tumpuan pelancong terbabit
Commenti