top of page
  • Farah

Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Dunia 2023: MSDEAF rayu penglibatan pihak swasta


SUBANG JAYA, 23 Feb- Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDEAF) merayu tajaan pihak swasta untuk memastikan penganjuran Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Dunia 2023 di negara ini berjalan lancar. Presidennya, Ong Shin Ruenn berkata, setakat ini pihaknya hanya mampu mengumpul RM3 juta daripada keseluruhan RM6 juta yang diperlukan. Jelas beliau, peruntukan besar itu bagi menampung kos penganjuran di kesemua 12 stadium yang bakal menjadi venue 34 pasukan iaitu 24 lelaki dan 10 wanita. “Buat masa sekarang kami belum ada sebarang peruntukan daripada mana-mana pihak cuma separuh kos penganjuran itu datang daripada yuran penyertaan pasukan. “Kos selebihnya iaitu sebanyak RM3 juta diperlukan bagi menampung pengadil, pengangkutan dan sebagainya. Kami sememangnya sedang berusaha mencari penaja dari luar, jadi mana-mana syarikat swasta di luar diharap sudi bekerjasama menjayakan kejohanan ini. Syarikat yang sudi memberi bantuan juga layak dapat pengecualian cukai," katanya pada program ramah mesra MSDeaf bersama media malam tadi.


Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia edisi ke-4 adalah kejohanan berprestif setaraf kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA. Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Dunia 2023 bakal berlangsung pada 23 September hingga 7 Oktober di venue sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

bottom of page