top of page
  • newsatmy

Kejohanan Piala Sultan Johor (SOJC): KHM letak harapan tinggi ke atas Muhamad Amin


KUALA LUMPUR, 18 Okt- Selepas membimbing skuad hoki lelaki negara muncul juara saingan, Hoki Dalam Dewan Piala Asia di Bangkok, bulan lepas, Muhamad Amin Rahim kini menggalas tugas sebagai ketua jurulatih skuad lelaki negara bawah 20 tahun (B-20). Kejohanan Piala Sultan Johor (SOJC) ke-10, minggu depan merupakan misi sulungnya. Justeru, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) meletakkan harapan tinggi ke atas ketua jurulatih baharu ini, mengulangi sentuhan ajaib mencipta sejarah skuad negara muncul juara Hoki Dalam Dewan Piala Asia. Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal berkata kepercayaan tinggi diletakkan ke atas Muhamad Amin berdasarkan pencapaian dan pengalamannya. "Kerana kita merasakan ' the style of playing national team' dengan junior 'must be related', dia perlu ada kesinambungan, kedua-dua latihan sebab itu MHC buat keputusan bahawa walaupun coach Arul menjaga pasukan kebangsaan, Amin dibelakang beliau tetapi dalam ini kita memohon untuk Amin menjaga pasukan ini kerana dalam dia membawa cara 'coaching' sedia ada tapi dalam 'team counting' kita nak tengok pemain mana yang boleh dibawa ke pasukan kebangsaan," katanya.


Beliau turut mengumumkan senarai 18 pemain skuad SOJC yang bakal menerima saingan sengit daripada Australia, Great Britain, India, Jepun dan Afrika Selatan bermula 22 hingga 29 Oktober ini di Taman Daya, Johor Bahru. Sementara itu, Muhamad Amin sedia menyahut cabaran yang diletakkan KHM kepadanya dalam membawa skuad baharu berentap di kejohanan berprestij itu. Beliau pada masa sama mahu menjadikan SOJC sebagai medan pendedahan kepada anak buahnya menghadapi Piala Dunia Remaja di Kuala Lumpur, tahun depan. Skuad muda negara bakal berdepan dua perlawanan pemanas badan menentang Australia, HARI INI di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, dan menentang Great Britain, pada Rabu di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru.

bottom of page