top of page
  • newsatmy

Kejuaraan Renang Dunia tangguh lagi

2 Februari 2022

KEJUARAAN Renang Dunia, yang dijadualkan berlangsung di Fukuoka, Jepun pada Mei ini ditangguhkan ke Julai tahun depan berikutan pandemik COVID-19, kata badan induk global sukan itu pada Selasa.


Kejuaraan edisi ke-19, yang mula berlangsung pada 2021, namun ditangguhkan kerana COVID-19 dan penangguhan Sukan Olimpik Tokyo 2020, dijadualkan berlangsung dari 13 hingga 29 Mei tahun ini.


"Memandangkan situasi pandemik dan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan di Jepun, FINA dan pemegang taruh utama Jawatankuasa Penganjur Fukuoka 2022, bersetuju menjadualkan semula Kejuaraan Dunia FINA ke-19," kata Presiden Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA), Husain Al-Musallam.

Tambah Husain Al-Musallam lagi, Kejuaraan Dunia ke-20 di Doha, Qatar pula dianjak ke Januari, 2024 yang pada asalnya dijadualkan berlangsung November 2023.

“Keputusan ini telah diambil demi kepentingan semua pihak yang terlibat terutamanya dalam kalangan komuniti renang.


“FINA akan terus mengutamakan kebajikan peserta pertandingan dan mengambil keputusan seawal mungkin berdasarkan situasi semasa, bagi memberi pencerahan kepada atlet akuatik dan semua pihak yang terlibat,” ujar Husain Al-Musallam.


Pada masa sama, Husain Al-Musallam berkata, FINA sentiasa berdialog dengan atlet dan jurulatih mengenai kalendar pertandingan antarabangsa berikutan potensi kesan kesihatan varian Omicron.


bottom of page