top of page
  • cik skod

Kekalkan Nafuzi Zain - Penyokong TFC

14 Sept

Penyokong Terengganu melancarkan kempen di laman media sosial dimana mereka menggunakan hashtag #NafuziStay bagi menggesa pihak pengurusan agar memberikan kontrak lanjutan kepada ketua jurulatih TFC,Nafuzi Zain.


Kempen kekalkan Nafuzi mungkin terdenar khabar angin,terdapat dua pasukan besar Liga Super yang dilaporkan berminat mengambil khidmat Nafuzi untuk saingan musim hadapan.

terutamanya selepas perlawanan akhir Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dimana baru-baru ini


Antara pasukan yang berminat dengan Nafuzi,berpusat di Lembah Klang dan satu lagi dari Utara tanah air dan mereka dikhabarkan sedia untuk memberikan tawaran lumayan kepada jurulatih itu.


Kontrak pengendali berusia 43 tahun itu dijangka tamat pada hujung musim ini dan setakat ini, belum ada tawaran untuk melanjutkan kontrak dari pengurusan pasukan Terengganu.


Jika Nafuzi tidak kekal bersama Terengganu musim hadapan, dijangkakan beberapa pemain utama pasukan juga akan meninggalkan pasukan itu sejurus tamat kontrak bersama naib juara Piala FA 2022 itu.


Terengganu bakal menyambung semula aksi Liga Super dimana mereka akan turun menentang Penang di laman sendiri dan Nafuzi Zain menggesa agar pemain melupakan kekecewaan tewas di perlawanan akhir untuk meraih mata penuh menentang Penang.



Comments


bottom of page