top of page
  • newsatmy

Kekejaman Zionis terhadap Israel


Saya mengecam sekeras-kerasnya insiden serangan tentera rejim Israel ke atas Semenanjung Gaza, Palestin sejak akhir bulan Ramadan yang lalu.


Serangan yang telah mengakibatkan kematian dan kecederaan rakyat Palestin termasuklah wanita serta kanak-kanak ini menunjukkan tindakan tidak berperikemanusiaan Zionis.


Kekejaman tentera Israel melalui siri serangan udara ini perlu dihentikan segera bagi mengelak berlakunya tindakan balas sehingga akhirnya menyebabkan angka korban terus meningkat.


Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sewajarnya segera campur tangan sekali gus memberikan 'kata dua' yang tegas dan keras agar dapat menghentikan tindakan terkutuk Israel ini.


Begitu juga dengan ketegasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Israel yang telah secara jelas mencabuli hak asasi Palestin dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.


Selain itu, masyarakat di seluruh dunia diseru untuk terus cakna dan bersikap peduli terhadap kesengsaraan rakyat Palestin berikutan perbuatan keji tentera Israel di bulan yang mulia ini.


Saya memuji tindakan rakyat Malaysia kerana secara terus menerus berkempen di media sosial sehingga usaha mempertahankan Palestin menjadi trending dan ini mencerminkan umat Islam yang bersifat sejagat.


Disamping itu, tindakan rakyat Malaysia ini juga telah didorong semangat 1 Syawal sebagai 'Hari Kemenangan' bagi membela Palestin dan bumi Aqsa daripada terus dirampas dan dihina oleh Israel.


Saya ingin mengajak masyarakat antarabangsa untuk turut sarna bersolidariti demi keselamatan serta kesejahteraan negara Palestin dan rakyatnya.


Marilah kita memberikan sokongan padu kepada Palestin seterusnya mendesak agar Israel menghentikan serangan dan bertanggungjawab terhadap jenayah yang telah dilakukan.


Meskipun terus bertindak kejam terhadap rakyat Palestin sehingga kini, ia sama sekali tidak akan mengubah kenyataan mengenai pencerobohan Israel ke atas bumi Palestin.

Akhir sekali, saya menyanjung tinggi ketegasan Kerajaan Persekutuan pimpinan YAB Perdana Menteri dalam membela Palestin dan rakyatnya.


Malaysia tidak akan berdiam diri dan berpeluk tubuh terhadap kekejaman Israel ke atas Palestin.


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia termasuklah rakyat Palestin.


Semoga kita sentiasa berada di dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.


YB DATO' DR SAHRUDDIN BIN JAMAL


bottom of page