• newsatmy

Kelayakan Piala Dunia: Jaringan Morata julang Sepanyol

15 NOVEMBER 2021

SEPANYOL layak ke Piala Dunia Qatar 2022 selepas kemenangan 1-0 ke atas Sweden menerusi jaringan yang dilakar oleh Alvaro Morata.


Sweden memerlukan kemenangan di Seville semalam bagi menjuarai Kumpulan B tetapi perlu ke play-off selepas skuad kendalian Luis Enrique memenangi perlawanan akhir peringkat kumpulan itu untuk meraih slot automatik ke Qatar.


Emil Forsberg mempunyai dua peluang menjaringkan gol yang jelas untuk Sweden di Estadio La Cartuja tetapi tidak dapat menguji penjaga gol Sepanyol, Unai Simon.


Morata memberikan kemenangan buat Sepanyol dengan selepas menampan masuk bola selepas percubaan Dani Olmo terkena palang.