top of page
  • newsatmy

Kelayakan Piala Dunia: Jerman terus pamer aksi berbisa atasi Armenia

15 NOVEMBER 2021

ILKAY Gundogan meledak dua gol ketika Jerman melengkapkan dominasi saingan kelayakan Piala Dunia dengan kemenangan 4-1 ke atas Armenia awal pagi tadi.


Kai Havertz dan Jonas Hofmann turut menemui sasaran buat Die Mannschaft di Stadium Stadium Vazgen Sargsyan Republican, dengan tuan rumah menjaringkan gol saguhati menerusi Henrikh Mkhitaryan.


Ketua jurulatih, Hansi Flick, melakukan enam pertukaran daripada skuad yang mengatasi Liechtenstein 9-0 Khamis lalu, tetapi Jerman kekal kelihatan ampuh, mudah mengatasi skuad kendalian Joaquin Caparros.


Ia merupakan kemenangan kesembilan daripada 10 aksi kelayakan buat Jerman dan bermakna mereka memiliki kelebihan sembilan mata ke atas Macedonia Utara dalam saingan Kumpulan J.

Comments


bottom of page