top of page
  • newsatmy

Kelayakan Piala Dunia: Oman nafikan kemenangan Australia

2 Februari 2022

OMAN 2 AUSTRALIA 2


Dua jaringan Abdullah Fawaz, termasuk gol sepakan penalti pada lewat permainan, memastikan Oman mengikat Australia 2-2, sekali gus menggugat peluang Socceroos untuk layak secara automatik ke Piala Dunia 2022.


Pada ketika mereka telah mengesahkan tempat sekurang-kurangnya untuk ke aksi playoff dalam saingan Kumpulan B pusingan kelayakan Piala Dunia zon Asia, Australia kini ketinggalan tiga mata di belakang Jepun dan empat mata di belakang pendahulu, Arab Saudi, berbaki dua perlawanan.

Aksi di Kompleks Sukan Sultan Qaboos itu menyaksikan Australia dinafikan jaringan awal apabila tandukan Trent Sainsbury susulan sepakan percuma Aaron Mooy dibatalkan kerana ofsaid tetapi pasukan pelawat itu memperoleh sepakan penalti berselang sembilan minit gara-gara tindakan penjaga gol Oman, Faiyz Al Rusheidi, menjatuhkan Martin Boyle dan Jamie Maclaren tidak mensia-siakan peluang itu.


Oman menyamakan kedudukan pada awal babak kedua selepas Abdullah meneriman hantaran Munzel Al-Alawi dari sebelah kiri untuk melepaskan rembatan ke penjuru kiri atas gawang Mat Ryan.


Australia kembali berada di depan hasil jaringan Mooy pada 10 minit terakhir tetapi drama di penghujung aksi menyaksikan Fran Karacic menjatuhkan pemain gantian Oman, Muhsen Al Ghassani, dalam kotak penalti sebelum Abdullah mudah menewaskan Ryan buat kali kedua, sekali gus penyukarkan peluang The Socceroos untuk memburu penamat selaku dua pasukan teratas.

Comments


bottom of page