• newsatmy

Kelompok pertama vaksin atlet berjalan lancar

14 April 2021

KELOMPOK pertama pemberian vaksin dalam kalangan warga sukan pada Selasa membabitkan 264 orang yang terdiri daripada atlet, jurulatih dan pegawai sukan yang berada dalam Program Podium.


Daripada jumlah itu, 35 orang merupakan atlet Paralimpik dan 93 orang pula adalah atlet negara yang sudah dan dalam bayangan layak ke Sukan Olimpik Tokyo.


"Sebaik anda mendapatkan suntikan pertama, dos kedua sudah disediakan untuk anda.


"Ada laporan yang mengatakan kami terima sejuta vaksin, ia sebenarnya untuk 500,000 orang.


"Kami tidak mahu apabila tiba kitaran 21 hari itu (untuk dos kedua), kami tidak mendapat bekalan," kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Bukit Jalil, semalam.


Bagi atlet yang berada di luar negara, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang berusaha untuk mengatur perancangan pemberian vaksin buat mereka bagi kelompok seterusnya, seperti Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Shahrom yang berada di Melbourne, Australia.


"Mereka dijangka akan pulang pada akhir bulan depan, ada juga kemungkinan mereka mendapatkan vaksin di sana.


"Yang penting sebelum akhir Jun, semua atlet kita sudah divaksin dengan dua dos."


- Astro Awani