top of page
  • zaman

KELUCUAN hujah Rafizi


KELUCUAN hujah Rafizi dalam Sidang Parlimen hari ini ketika menggulung perbahasan Menteri Ekonomi menampakkan beliau agak keras mencuba (baca ; try hard) untuk mempertahankan pertikaian yang jelas nampak terhadap jawatan Menteri Kewangan yang dipegang oleh Perdana Menteri ke-10 (PMX). Beliau terlalu nampak mencuba.


Beliau juga cuba untuk menyerang kerajaan terdahulu semasa musim pandemik melalui rangsangan ekonomi yang diumumkan sebagai gelojoh. Beliau seolah terkhilaf dengan formula sendiri melalui fahaman mengikut mazhab ekonominya. Beliau secara angkuh mempertahankan formulanya tanpa langsung mahu mendengar hujahan Ahli Parlimen yang lain.


Sepanjang perbahasan saya catatkan kekhilafan mazhab ekonomi Rafizi sebagaimana berikut;


1. Beliau membuat tuduhan terhadap rangsangan ekonomi RM600 bilion sebagai pendekatan gelojoh dan tidak berhemah. Hakikatnya beliau terkhilaf dengan rangsangan ekonomi yang diwujudkan semasa pandemik yang memerlukan suntikan besar dalam apa jua cara untuk meningkatkan tahap ekonomi negara melalui kuasa beli rakyat.


2. Peruntukan paling tinggi dalam belanjawan negara dengan 50 peratus Peruntukan Pembangunan (Development Expenditure) dalam Belanjawan 2023. Beliau telah merangkumkan 4 negeri PERIKATAN NASIONAL dengan peratusan besar 50 peratus termasuk Sabah dan Sarawak. Walhal jika diperincikan peruntukan untuk empat buah negeri PERIKATAN NASIONAL bukanlah 50 peratus tetapi hanyalah 17 peratus.


Rafizi sama ada secara sengaja atau berkepentingan politik telah mengulang-ulang rangkuman 50 peratus pembangunan termasuk Sabah (18 peratus) dan Sarawak (17 peratus) seolah-olah Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis diutamakan dalam belanjawan.


Politik desperado sebegini pada hemah saya adalah tidak wajar dan tidak boleh dipercayai. Malanglah ekonomi negara bermenterikan Rafizi.


Salam hormat.


MOHAMAD KAMAL MOHAMED

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

bottom of page