top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Kenapa perlu pertikaikan pelantikan Zamri Yaakob? - CheguBard


Sejak semalam banyak serangan kepada Ismail Sabri Yaakob kerana Pertubuhan Peladang Kebangsaan - NAFAS mengumumkan abang PM ke-9 itu, Dato Hj Zamri Yaakob dinamakan sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah.


Jawatan sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan PELADANG Kebangsaan adalah pemilihan secara demokrasi dalam pertubuhan itu BUKAN LANTIKAN.


Benda bukan isu besar pun. Kerana latar belakang beliau pun datang dari bidang itu. Sebelum ini beliau adalah Pengerusi Pertubuhan Peladang Pahang.


Zamri Yaakop duduk disitu kerana meritnya dan dia melalui proses pemilihan yang prosesnya bermula dari bawah sebelum ura ura adiknya sebagai PM9 pun.


Bermula 1 hari bulan Januari 2021, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah mengembalikan kuasa memilih pemimpin peladang di semua peringkat Pertubuhan Peladang kepada ahli-ahli. Untuk kefahaman semua Jun 2018 Menteri MAFI, Salahuddin telah umum gantung semua oeprasi NAFAS kerana terdapat banyak salahguna kuasa sebelum itu.


perintah penggantungan itu dikeluarkan Pendaftar Pertubuhan Peladang (PP) mengikut Seksyen 20 (1) Akta Akta Pertubuhan Peladang 1973. Januari 2019, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengumumkan pelantikan pengurusan yang baharu yang dibuat tanpa melalui pemilihan secara undian ahli.


MENTERI PH telah membuat peraturan yang diwartakan pada 22 April 2019 dan berkuatkuasa 1 Mei 2019 itu memberi kuasa lantikan AJP kepada menteri. Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu yang juga Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi diumum sebagai Pengerusi AJP NAFAS yang baharu secara lantikan politik tanpa pemilihan.


Bawah PH Nafas menjadi lubuk lantikan politik. Tiga daripada lima Ahli Jemaah Pengurusan (AJP) NAFAS lantikan menteri, tiga daripadanya adalah daripada AMANAH dan seorang daripada PKR. ereka ialah Pengerusi Amanah Perlis, Wan Kharizal Wan Khazim; ADUN Apam Putra, Mohd Hisyamuddin Ghazali; ADUN Mahkota yang juga Ketua AMANAH Simpang Renggam, Muhamad Said Jonit; Ahli Dewan Negara yang juga Ketua Cabang PKR Shah Alam, Dr Yaakob Sapari dan Normah Yusof.


Bagaimanapun perubahan pentadbiran kerajaan pada 2020 menyaksikan Menteri MAFI yang baharu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee membuat keputusan kuasa memilih kepimpinan hendaklah dikembalikan kepada ahli peladang sendiri.


Untuk terus mengasak integriti bagus kerana ia akan menjadikan kerajaan berjalan baik sentiasa berjaga jaga dan menambah baik banyak perkara tetapi ia perlu difahami dan perlu ada asasnya.


Contohnya beberapa hari lepas, adik beradik Ahli Parlimen Cameron Highland, Ramli Mohd Nor, dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli.


Sapiah Mohd Nor sebelum ini adalah hanya Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP. Terus naik ke Ketua Pengarah JAKOA. Jabatan dan Kementerian yang berbeza. Agak luar kebiasaan tinggi kenaikan itu.


Ramli Mohd Nor adalah dalam geng 15 yang menggulingkan kerajaan sebelum ini.


Kalau nak pertikai, ini boleh dipertikaikan. Adakah telah mendapat habuan ? Atau memang ketika itu dia lobi adiknya.


Tapi malangnya PM8 dan Menteri KPLB ketika itu bertindak profesional menolak kerana ada calon yang lebih layak berdasarkan merit kerana JAKOA perlu dikendali secara profesional dan efisyen maka dia sertai kumpulan 15?

bottom of page