top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Kenyataan berani mati Zahid Hamidi demi Jajaran Pakatan

3 Julai 2021

Zahid Hamidi sebagai Presiden Umno membuat langkah sumbang apabila beliau dengan beraninya secara tidak langsung menipu pihak istana sekali lagi selepas melakukannya pada Oktober 2020 dengan menyatakan sokongan Umno kepada Anwar Ibrahim dihadapan YDPA.


Zahid pada pertemuannya dengan pihak istana baru-baru ini,telah memaklumkan bahawa semua Menteri dan MP Umno telah bersetuju untuk menarik sokongan kepada kerajaan PN walhal perkara tersebut belum pun dibincangkan sama sekali. Kenyataan berani Zahid ini mencerminkan betapa terdesaknya beliau untuk membuat satu jajaran baru bersama Anwar Ibrahim yang di sokong dan di tunjangi oleh DAP.


Janji Anwar Ibrahim untuk menjadikan beliau sebagai TPM di lihat sebagai satu-satunya cara untuk Zahid melepaskan diri dari segala tuduhan yang di kenakan ke atas beliau.Jika ini terjadi,sepertimana zaman PH,institusi perundangan negara akan sekali lagi tercemar dengan campur tangan kuasa eksekutif negara.


Nahtijah yang lebih teruk adalah kepada orang melayu itu sendiri, Umno bukan lagi sebuah parti yang memperjuangkan ABATA bilamana hal ini terjadi tetapi sebuah parti peribadi yang di dasari oleh keserakahan Zahid dan Anwar Ibrahim.


Tindakan lancang Zahid menipu pihak istana juga menunjukkan betapa rendah martabat dan moral beliau bilamana mengheret YDPA dalam permainan politik kotor beliau. YDPA sebagai payung Agama dan Negara tidak langsung di pandang tinggi oleh Zahid Hamidi.Menyedihkan dan memalukan,ketamakan dan keterdesakan beliau telah mencemari asas-asas perjuangan Umno.


Semua perkara yang di nyatakan di dalam artikel ini di dasari dan di sokong oleh surat rasmi yang sekarang tular di media sosial. Penarikan sokongan Umno kepada kerajaan PN yang langsung tidak di bincangkan dan di bahaskan oleh MKT sebagai badan tertinggi dalam Umno itu sendiri.


Zahid adalah barah yang merosakkan perjuangan Umno dan dasar-dasar Umno itu sendiri. Adalah tersangat perlu Zahid di lucutkan dan dikenakan tindakan serta-merta sebelum segalanya menjadi sia-sia.


Di saat negara berhadapan dengan pandemik,Zahid dengan angkuhnya ingin merampas kuasa demi dirinya sendiri dan bukan kerana kepentingan negara dan rakyat. Segala kata-kata manis beliau hanyalah tipuan yang merosakkan sebuah dasar perjuangan yang tulus oleh Umno.




--PN Online

bottom of page