• newsatmy

Keputusan Korea Utara tidak beri kesan terhadap ekonomi - Mustapa

21 Mac 2021

JELI: Keputusan Korea Utara untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia dijangka tidak memberi kesan besar terhadap ekonomi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.


Beliau berkata, ini berikutan Malaysia sudah lama menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain termasuk Korea Utara selama ini.


"Tindakan Korea Utara itu dijangkakan tidak memberi kesan dari segi ekonomi.


"Nilainya (impak) sikit sangat atau tidak ada langsung...oleh itu keputusan tersebut tidak jejaskan apa-apa (terhadap ekonomi negara)," katanya.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Projek Pejabat Kesihatan Daerah Jeli, di sini, pada Sabtu.


Menurut laporan media, Pyongyang pada Jumaat mengumumkan memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia susulan keputusan mahkamah memutuskan seorang ahli perniagaan Korea Utara diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan pengubahan wang haram.


-- BERNAMA