Kerajaan akan salur lebih banyak bantuan untuk rakyat selepas BKC – PM
7 September 2021
Bayaran kepada penerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC) mula disalurkan hari ini dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri berkata, rakyat akan menerima bantuan lain bermula tahun depan.
Menurut Awani, beliau berkata begitu dalam sidang video bersama warga Bank Simpanan Nasional (BSN) dari kediamannya di Petaling Jaya. Sidang video itu diadakan khusus untuk meninjau proses pembayaran BKC yang bermula hari ini.
Kata beliau lagi, BKC adalah antara bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19 dan kerajaan akan menyalurkan lebih banyak bantuan kepada rakyat selepas ini.
Harap semua proses pembayaran BKC yang dirancang Kementerian Kewangan berjalan lancar. Semoga tiada perkara tidak diingini berlaku yang boleh sebabkan kelewatan dan sebagainya.”
Beliau yang ketika ini sedang menjalani kuarantin kendiri sejak 30 Ogos lepas turut menasihatkan warga BSN agar memastikan penerima BKC yang hadir untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Semoga apa yang diberikan kerajaan hari ini, walaupun mungkin tidak begitu besar tetapi sekurang-kurangnya dapat bantu mengurangkan perbelanjaan ketika ini.”
Terdahulu, beliau mengumumkan BKC akan dibayar secara berperingkat dengan bayaran fasa satu dikreditkan mulai 6 September (hari ini) dan dijangka selesai pada 10 September.
Sebanyak RM3.1 bilion dana telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk pembayaran BKC.
Sementara itu, Tengku Zafrul yang turut serta dalam sidang video itu berkata kerajaan akan mengagihkan pelbagai bentuk bantuan yang dirancang sehingga hujung tahun ini.
Perdana Menteri bersetuju untuk teruskan bantuan-bantuan yang diumumkan.”
Opmerkingen