• Arissa Azman

Kerajaan Arab Saudi Benarkan Kapasiti Penuh Di Masjidil Haram & Masjid Nabawi mulai hari ini

17 Oktober 2021

Selepas kerajaan Arab Saudi mengumumkan kebenaran untuk menunaikan ibadah umrah dan haji baru-baru ini, kini satu berita baik untuk umat Islam dikeluarkan sekali lagi.


Kerajaan Arab Saudi membenarkan kapasiti solat berjemaah berkapasiti penuh di dua masjid suci di Mekah dan Madinah bermula hari ini (17 Oktober 2021)


Kebenaran itu dikeluarkan bagi memberikan kelonggaran SOP Covid-19 kepada jemaah yang telah lengkap menerima vaksin.


Selain itu, Kerajaan Arab Saudi juga memaklumkan pihak mereka tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat terbuka. Namun, arahan memakai pelitup muka di beberapa tempat tertentu dan kawasan tertutup masih diteruskan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.


Menurut laporan Astro Awani, Kerajaan Arab Saudi juga memberi kebenaran kepada sistem pengangkutan awam, restoran, panggung wayang, dewan acara dan sebagainya untuk beroperasi pada kapasiti penuh tanpa tertakluk kepada arahan penjarakkan fizikal.


Kesemua kebenaran dan kelonggaran ini diberikan bagi memudahkan dan memberi keselesaan kepada jemaah haji dan umrah serta kehidupan sosial rakyat disana.