top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Kerajaan belum putuskan suntikan penggalak syarat dianggap lengkap vaksin – KJ

29 NOVEMBER 2021

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum memutuskan samada untuk menjadikan suntikan penggalak COVID-19 sebagai syarat bagi individu yang dianggap diberi vaksin sepenuhnya, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.


Beliau berkata Kementerian Kesihatan kini sedang menjalankan kajian berdasarkan pengalaman negara-negara lain yang telah menjadikan suntikan penggalak sebagai syarat untuk mendapatkan vaksin sepenuhnya.


“Pakar juga sedang mengkaji keberkesanan (suntikan penggalak) dan mereka akan membuat cadangan kepada Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 – Penggalak (CITF-B).


“Jika kita mendapati bahawa jumlah kes, kadar kemasukan ke hospital dan kematian meningkat kerana keengganan rakyat untuk menerima dos penggalak, dan ia menjadi norma antarabangsa untuk memerlukan kedua-dua siri primer dan suntikan penggalak untuk dianggap vaksin penuh, maka kita akan membuat keputusan yang sama tetapi (buat masa ini) kita belum,” katanya.


Khairy berkata pada masa ini, kerajaan masih mengiktiraf individu yang telah diberi vaksin sepenuhnya kepada mereka yang telah menerima dua dos vaksin AstraZeneca, Sinovac dan Pfizer dan tidak mempunyai masalah kesihatan.

bottom of page