top of page
  • newsatmy

Kerajaan China haramkan selebriti dan influncer pamer kekayaan di media sosial

29 November

Kerajaan China mula menyekat pengaruh selebriti dan influencer di media sosial serta harus dipantau agar tidak terpengaruh dengan pengaruh luar negara.Difahamkan china telah mula memberi tekanan kepada selebriti dan influencer yang berbuat demikian. Kini, kerajaan China telah mengharamkan para selebriti dan influencer untuk mempamerkan kekayaan mereka atau sebarang bentuk ‘keseronokan yang melampau’ di media sosial.Selain itu mereka tidak dibenarkan meniru gaya artis luar seperti K-POP atau artis dari barat. Difahamkan, ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan China untuk merombak industri hiburan negara itu dan ‘menyederhanakan’ kandungan yang boleh menyebabkan gangguan sosial dan hilang jatidiri dan budaya negaranya. Menurut laporan, badan Pentadbiran Ruang Siber China turut melarang agar golongan ini tidak menyebarkan khabar angin, menerbitkan maklumat palsu atau peribadi dan memulakan provokasi yang boleh memulakan serangan lisan antara satu sama lain serta menggalakkan peminat untuk mengambil bahagian dalam pengumpulan dana haram.

Bagi menguatkuasakan peraturan baru ini, rangkaian sosial China akan memantau dan melaporkan sebarang aktiviti haram dan jenayah melibatkan selebriti kepada pihak berkuasa. Sebelum ini, bintang filem terkenal Zhao Wei pernah ‘hilang’ disebabkan undang-undang baharu diperkenalkan itu.



bottom of page