• newsatmy

Kerajaan fokus tingkat kesihatan awam & peluang pekerjaan

3 Februari 2021

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, mengulangi komitmen kerajaan untuk menambah baik sektor kesihatan awam terutama ketika negara bergelut dengan pandemic COVID-19.


“Antaranya mempertingkatkan tahap kesihatan awam dengan memperoleh vaksin, mempunyai rancangan terperinci mengenai imunisasi kebangsaan, menambah lebih banyak kakitangan sokongan dan meminta hospital swasta untuk menangani kes-kes yang bukan COVID-19.


“Di bawah Belanjawan 2021, kami memperuntukkan RM1 bilion, namun pakej PERMAI baru-baru ini menyaksikan peruntukan tambahan RM3.25 bilion atau 325 peratus untuk memerangi COVID-19


“Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan menggunakan lebih daripada 3,500 kakitangan perubatan baharu untuk mengurangkan tekanan di barisan hadapan,” jelas Tengku Zafrul.


Beliau berkata demikian ketika program yang bertemakan “Menang Bersama: Rebuilding Malaysia’s Economy Together” pada Selasa.


Di samping memberi focus kepada sektor kesihtan awam, katanya kerajaan turut menyatakan hasrat untuk terus mewujudkan peluang pekerjaan menerusi Majlis Pekerjaan Negara.


Menurut Tengku Zafrul, sejumlah 500,000 peluang pekerjaan bakal disediakan menjelang tahun 2021.


“kerajaan mahu memanfaatkan orang ramai dan perniagaan dengan membantu mereka mencipta peluang pekerjaan secara holistik melalui Majlis Pekerjaan Negara.


“Kami sangat serius dalam mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan tahun ini.


“Bernilai RM3.7 bilion, inisiatif Jana Kerja akan merangkumi insentif pengambilan pekerja, serta peluang pekerjaan di sektor awam dan GLC.” Ujarnya lagi.

Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.